BLOG MGC DAERAH BACHOK, KELANTAN

Memaparkan Segala Maklumat Mengenai MAjlis Guru Cemerlang Daerah Bachok, Kelantan

AJK INDUK MGC BACHOK 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1431 HIJRAH

Selamat Menyambut Kehadiran Bulan Ramadhan Mubarak bagi tahun 1431 Hijrah / 2010
"Semoga Ramadhan tahun ini Dapat Menambahkan Ketakwaan Kita Kepada Allah SWT"

Wednesday, April 21, 2010

PEMBERITAHUAN


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
kepada semua rakan GC MGCB yang dikasehi,

Tahniah dan syabas di atas komitmen dan kerjasama yang padu dari semua GC UPSR, PMR, SPM dan STPM kerana telah melaksanakan PTE dengan jayanya.

Kepada mana-mana GC yang tidak dapat melaksanakan PTE pada hari ini disebabkan oleh program lain , sila buat perjanjian semula dengan pengetua/ guru besar angkat agar pertemuan PTE 1 dapat berjalan dengan lancar. Sila maklumkan juga kepada KETUA UNIT PTE , PENGERUSI dan PENYELARAS MGCB PN SOO AH KHEM.

Untuk makluman tuan/pun LAMAN BLOG MGCB baru dibina dan dilancarkan secara tidak resmi pada 21/4/2010. Adressnya ialah: mgcbachok.blog spot.com
Diharap ianya dijadikan medan untuk mendapat maklumat terkini mengenai program dan aktiviti yang sudah, sedang dan akan dilaksanakan. Diharap GC B menggunakan laman blog ini untuk berkongsi ilmu dengan mudah, cepat dan bersesuaian dgn era teknologi masa kini.

Kepada semua Ketua Unit Kecemerlangan UPSR, PMR, SPM dan STPM, sila laporkan aktiviti bergambar dan hantar kepada email zaneriah@gmail.com untuk dimasukkan ke dalam blog ini.

PENULISAN CERPEN DAN RENCANA P & P BERKESAN

MGCM masih kekurangan 22 cerpen dan 22 rencana P & P berkesan. Tuan/puan di alu-alukan untuk menghantar cerpen dan P& P berkesan ke alamat email berikut: bukumgcm@yahoo sebelum 15 mei 2010.

Sekian, Terima Kasih.

Pengerusi.

1 comment:

  1. Asssalamualaikum,

    Terima Kasih dan tahniah kepada MGC Bachok kerana dapat membina blog yang canggih ini. Semoga blog ini akan sentiasa menjadi penyambung dan penghubung antara semua guru di Malaysia.

    Terima kasih.

    ReplyDelete